ads

Monday, February 3, 2014

Filled Under:

Mati Angkara Skaf Tersangkut Pada Eskalator



Seorang wanita malang , Naima Rharouity, 47, telah terbunuh selepas skaf yang dipakainya disyaki tersangkut pada eskalaotr di sebuah stesen keretapi Metro Fabre di Montreal, Kanada, semalam.

Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut , selepas menyedari skafrnya tersangkut, Naima, warganegara Maghribi yang berhijrah ke Kanada bersama keluarganya, dia cuba membongkok untuk menarik keluar skafnya tetapi lain pula jadinya apabila rambutnya pula tersekat pada eskalator itu.

Mangsa juga telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak sedarkan diri apabila ia sampai di hujung eskalator yang dinaikinya.

Ibu kepada dua anak lelaki itu baru sahaja berhijrah ke Kanada sejak setahun setengah dan ketika kejadian itu berlaku, suaminya dalam perjalanan ke tanah air mereka untuk menziarahi ibunya yang telah meninggal dunia.

Sebagai peringatan buat kita, agar sentiasa berhati-hati semasa menaiki tangga elektronik ini kerana malang  tidak berbau. 










0 comments:

Post a Comment