ads

Friday, February 7, 2014

Filled Under:

Jurugambar Jadi Sensasi Di Internet...


Seorang jurugambar Helena Price telah menjadi sensasi di Brazil, ini gara-gara kerana disalah anggap sebagai pemegang watak wanita utama dalam drama opera di Brazil.
Dalam drama tersebut , Em Familia telah memegang watak wanita yang bernama Helena, yang dilakonkan oleh Bruna Marquezine.
Namun semua peminat tetap memuja Price, yang langsung tidak mempunyai wajah yang sama seperti pelakon tersebut.
Disamping menjadi sensasi media sosial di Amerika Selatan, peminat juga menggunakan kaedah photoshop wajah Price dalam poster drama opera berkenaan.

Sejak beberapa hari yang lalu , Price yang kini berusia 26 tahun itu dihujani beribu-ribu tweets daripada peminta Em Familia.
Biarpun pada mulanya Price terkejut dengan keadaan itu, namun dia kini mula menikmati kemasyuran berkenaan dan mula membalas mesej twitter itu sebaik mungkin meskipun dia tidak boleh berbahasa Portugis dengan lancar .
Ramai juga yang memberitahu saya bahawa siri drama itu akan diteruskan selama lapan bulan lagi, jadi saya rasa kegilaan ini tidak akan berakhir dengan segera,’’ katanya.




0 comments:

Post a Comment