ads

Tuesday, February 18, 2014

Filled Under:

GEMPAR!! Dua Wanita Kembar Lahir Anak Pada Waktu Yang Sama ...



Beberapa hari yang lalu , sepasang kembar di Britain telah melahirkan bayi pada hari yang sama dalam peristiwa yang mempunyai kebarangkalian satu dalam setiap 400,000, menurut sebuah akhbar .

Heather Richardson dan Sarah Fidler yang kini berusia 35 tahun telah menjadi ibu dalam tempoh selang beberapa jam di sebuah hospital di Newcastle Khamis yang lalu.

Menurut Akhbar Britain, Newcastle Chronicle juga melaporkan bahawa adik- beradik kembar itu turut mengetahui tentang kehamilan mereka pada hari yang sama.

Berdasarkan maklumat , Heather yang melahirkan seorang bayi perempuan, Emelie Frances pada pukul 1.20 pagi manakala anak lelaki Sarah, Austin Gibbs lahir 13 jam kemudiannya.

Ini amat mengejutkan semua pihak dan secara tidak langsung sebagai makhluk tuhan kita kena percaya semua itu adalah ketentuan dari tuhan yang esa tiada yang mustahil baginya .







0 comments:

Post a Comment