ads

Tuesday, February 18, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Asteroid besar 3 padang bola lepasi bumi..


Gempar apabila sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola telah melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain yang sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan hampir kira-kira 1,200 orang. 

Daripada maklumat yang didapati melalui Slooth Space Camera yang menjejaki asteroid itu dimana ia  melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com .

Ekoran daripada itu kumpulan Astronomi Dubai memaparkan gambar Slooth di langit dalam laluannya yang mudah dilihat, tetapi pergerakannya tidak dapat diambil dalam paparan secara langsung di sebalik pemandangan bintang waktu malam. 

Menurutnya lagi Asteroid sepanjang 270 meter itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, lebih setahun selepas asteroid jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu juga telah mencederakan hampir kira-kira 1,200 orang dan menyebabkan gelombang gegaran yang memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan. 
Menurut pegawai rasmi wilayah Chelyabinsk , dia berhasrat memperingati insiden itu dengan memberikan secebis batu meteorit kepada setiap atlit yang memenangi Olimpik Musim Sejuk 2014 yang memenangi pingat pada Sabtu di Sochi.

Namun begitu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada saat-saat akhir berkata, ia boleh dilakukan hanya selepas acara tamat dan berasingan.

Balai cerap paling canggih Slooh di Gunung Teide, Kepulauan Canary, Sepanyol telah dilitupi ais dan tidak boleh digunakan untuk pencerapan 2000 EM26, kata pengarah teknikal dan penyelidikan Slooh, Paul Cox menerusi paparan langsung laman Slooh.









0 comments:

Post a Comment