ads

Saturday, February 1, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Air Tasik Berwarna Merah Muda Telah Dijumpai !!




Kebiasaannya, air tasik akan kelihatan berwarna jernih kehijauan-hijauan atau kebiruan. Tetapi  tasik unik  ini, airnya berwarna merah muda. Jika diperhatikan  dari atas, anda akan kagum dengan warna merah muda ini . Ini bukan edit, ini juga bukan tasik buatan manusia, tetapi ia adalah salah satu bukti indahnya ciptaan Tuhan.


Nama tasik ini adalah Tasik Hillier, oleh itu sila berkunjung ke sana jika anda jalan-jalan ke Australia, di Middle Island, Australia Barat. Keunikan Tasik Hillier ini adalah warna airnya yang merah muda. Di sekeliling tasik, masih ada hutan-hutan dengan dedaunan hijau yang segar. Tasik ini juga kelihatan sangat cantik jika anda melihatnya ketika melintasi dengan kapal terbang.



Sebagai tasik yang terbentuk secara semula jadi, ia dianggarkan warna merah muda Danau Hillier terjadi kerana terdapat bakteria halofilik merah dan kerak garam. Warna merah ini bukan pantulan atau warna dasar tasik. Jika anda mengambil airnya, maka air itu berwarna merah muda, mirip warna sirap.




Tasik Hillier telah ditemui pada tahun 1802 dalam keadaan belum terjamah oleh manusia. Peredaran masa, tasik ini semakin ramai dikunjungi manusia dan menjadi salah satu objek pelancongan alam bagi para pelancong yang datang ke Australia.




Menakjubkan bukan? Anda berminat untuk melawat tasik cantik ini ?





0 comments:

Post a Comment