ads

Saturday, February 1, 2014

Filled Under:

Cacah Tatu Di Mulut, Satu Tren Terbaru...


Jika anda menganggap suntikan doktor gigi di gusi adalah satu yang menyakitkan , cuba bayangkan bagaimana tatu dicacah di bahagian dalam bibir. Pasti ia lebih menakutkan.
Ia merupakan satu trend terbaru dan ia mula menjadi popular serta kegilaan baru di kalangan penggemar-pengemar  tatu.
Mereka telah menulis pelbagai perkataan untuk dicacah dan bagi pasangan yang bercinta pula, kata-kata cinta menjadi pilihan.
Namun ia terlindung kerana terletak di dalam mulut, namun itu bukan halangan kepada mereka untuk mencacah tatu tersebut di mulut masing-masing.
Walau bagaimanapun proses mencacah tatu di bahagian dalam mulut bukan satu permainan atau untuk keseronokan.
Ini kerana ia amat menyakitkan dan mengakibatkan mulut akan menjadi kebas.
Disamping itu juga, ia tidak akan bertahan lama, tidak lebih lima tahun malah ada juga yang hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja.
Ia juga sukar dilakukan dan hanya boleh dicacah oleh mereka yang profesional serta berlesen sahaja memandangkan ia adalah bahaya.









0 comments:

Post a Comment