ads

Saturday, February 1, 2014

Filled Under:

Anak liat bersolat!



Bagi kanak-kanak yang sudah mencapai umur 10 Tahun perlu mendirikan solat jika tidak ‘hukumnya’ rotan. Tidak solat, masuk api neraka’. Hukuman, kekerasan dan paksaan sering digunakan dalam mendidik anak kecil untuk belajar menunaikan solat.

Namun begitu bagi kanak-kanak yang belum memahami ertinya, mungkin melaksanakannya disebabkan takut di rotan, bukannya kerana ‘faktor’ solat berkenaan. 


Biarpun Islam membenarkan rotan dalam mendidik anak bersolat, tetapi ia seharusnya menjadi penyelesaian terakhir selepas proses lain termasuk pujukan dan nasihat jika kurang berkesan. 


Hukuman rotan bukan bertujuan memalukan, sebaliknya dilakukan di tempat tertutup dan terangkan ia sebagai satu ingatan. Rotan dilakukan pada anggota tubuh tidak sensitif seperti di tapak tangan dan kaki, selagi tidak mencederakannya .

Pendidikan bermaksud tarbiah. Samalah halnya dalam bersolat, iaitu ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak terlebih dulu menerusi solat termasuk mengamalkan solat berjemaah. Ini penting kerana anak kecil mula belajar dengan melihat apa yang dilakukan ibu bapa.

Proses berpanjangan yang sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian yang tertanam subur dalam sanubari, menyebabkan secara automatik, anak akan rasa ‘kekurangan’ sekiranya tidak mengerjakan solat. 

Walaupun ibu bapa mungkin tidak memberikan arahan atau tidak ada di depan mata, anak bersolat dengan rela tanpa dipaksa. Akhirnya tidak perlulah gunakan rotan jika liat bersolat.




0 comments:

Post a Comment