ads

Thursday, January 23, 2014

Filled Under:

Telan ‘Belon’ Tangani Masalah Kegemukan


Apabila seorang pesakit yang mengalami obesiti terdesak untuk mengurangkan berat badannya , kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah perubatan terbaru untuk menangani masalah kegemukan.

Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon ini tidak memerlukan pembedahan invasif. Tapi sebaliknya, prosedur berlangsung selama 10 minit itu hanya memerlukan pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis.

Biji Kapsul itu dilekatkan kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang dan menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan pula akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.

Belon itu akan berada di bahagian atas perut dan menyebabkan pesakit akan merasa kenyang dengan harapan pesakit itu akan mengurangkan makan dan seterusnya berat badan akan berkurangan. 

Semasa di akhir rawatan itu nanti dijangka akan mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mula mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon yang berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua kali rawatan belon. Ia  juga boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar kota London .




0 comments:

Post a Comment