ads

Monday, January 6, 2014

Filled Under:

Sanggup Baju separuh Buru Baju Percuma

Separuh Bogel Buru Baju Percuma
Ratusan pembeli yang hanya berpakaian dalam sanggup beratur berjam-jam lamanya dengan harapan mendapat baju percuma dan diskaun daripada rangkaian pakaian kasual Sepanyol, Desigual.

Parti Separa Bogel dianjurkan Desigual itu menjanjikan pakaian percuma untuk 100 pelanggan pertamanya bagi jualan murah yang bermula jam 8 pagi di Turin dan Rome.

Bagaimanapun, semua yang hadir tetap diberi diskaun separuh harga.
Parti seumpama itu yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005 pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris Amsterdam serta Lisbon.

Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.
Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.

Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter. Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak jam 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.





0 comments:

Post a Comment