
Penganut agama Hindu di Agra percaya air kencing lembu mampu menyembuhkan penyakit kanser.
Untuk tujuan itu mereka akan beratur di kandang lembu milik DD Singhal setiap pagi bagi mendapatkan air kencing haiwan tersebut.
Air kencing ini diperolehi daripada lembu lalu terus diminum.
Walaupun terpaksa beratur panjang namun mereka masih lagi tidak mempedulikannya.

Salah seorang daripada mereka iaitu Jairam Singhal, 42, yang telah minum air kencing lembu sejak sedekad lalu.
“Saya ada diabetes, dan sejak saya minum air kencing itu, kadar diabetes saya dapat dikawal.
“Kami menternak lembu di sini selama lebih 12 tahun dan perkara pertama kami lakukan setiap pagi ialah minum air kencing lembu ini,’’ katanya.
Menurutnya beberapa tahun lalu tidak ramai yang berminat untuk minum air kencing lembu namun jumlah yang datang telah meningkat setiap hari.
0 comments:
Post a Comment