ads

Friday, January 31, 2014

Filled Under:

Gempar ! Lelaki ini mampu pusingkan kepalanya 180 darjah .


Paling mudah bagi manusia normal hanya boleh menoleh ke kanan dan ke kiri, seperti kepala manusia normal pada umumnya. Namun terdapat juga manusia yang mempunyai   kemampuan di luar dugaan , iaitu memusingkan kepalanya hingga 180 darjah ke arah belakang.







Nama lelaki ini adalah Alexander, dia merupakan seorang lelaki Rusia yang bekerja sebagai waiter atau pelayan restoran. Sekilas pandang , tidak ada yang aneh tentang Alexander, dan dia kelihatan seperti lelaki muda pada umumnya. Namun jika dia sudah beraksi dengan memutar kepalanya ke arah belakang, banyak orang yang akan ngeri dan menjerit ketakutan.


Itulah kemampuan yang dimiliki Alexander, memusingkan kepalanya hingga 180 darjah, dan kemampuan yang mustahil dimiliki manusia pada umumnya. 


Alexander mengetahui bahawa tulang lehernya sangat fleksibel, bahkan terlalu fleksibel sehingga boleh memusing kepalanya 180 darjah .

"Saat kepala saya berputar ke belakang, saya tidak seperti diri saya sendiri, seolah-olah saya adalah orang lain yang tubuhnya dipenuhi beberapa jenis tenaga," kata Alexander.

Kejadian aneh ini cukup memeningkan doktor pakar tulang. Seorang doktor kesihatan di dalam video mengatakan, "Saya berada dalam dunia radiologi selama 30 tahun, namun belum pernah melihat kes seperti Alexander yang sangat fleksibel," katanya.

Adakah rasanya sakit? Orang normal pasti mengalami kecederaan jika memaksakan kepala menghadap ke belakang. Sementara itu Alexander berkata, "Bagi saya, ini normal dan tidak sakit sama sekali,"ujarnya .






0 comments:

Post a Comment