ads

Thursday, January 16, 2014

Filled Under:

Beratus Jarum Halus Dalam Lutut

Beratus Jarum Halus Dalam Lutut Seorang Wanita

Beberapa pakar perubatan terkejut selepas menemui hampir beratus-ratus jarum emas yang halus di dalam tisu lututnya selepas dia mendapatkan rawatan akupuntur daripada pengamal perubatan alternatif.

Seorang pakar perubatan percaya dimana jarum itu sengaja dibiarkan di dalam tisu lutut wanita yang berusia 65 tahun itu.

Wanita itu yang menghidap osteoarthritis mendapatkan rawatan akupuntur selepas pengambilan ubat tahan sakit daripada doktor tidak dapat melegakan kesakitan di lututnya.

Ia  menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.

Dia kemudiannya beralih kepada akupuntur untuk melegakan kesakitan dan menggunakan perubatan alternatif itu setiap minggu.

Namun tindakan pengamal perubatan alternatif itu yang membiarkan jarum emas halus dalam lutut wanita warga emas itu dikritik oleh pakar perubatan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak.

Malah idea memasukkan benda asing dalam badan juga bukan satu idea yang baik.





0 comments:

Post a Comment