ads

Friday, January 31, 2014

Filled Under:
,

Aksi Ping Pong Paling Lawak Di Dunia.......



Kalau kita menonton sesuatu aksi sukan di televisyen, pasti ada aksi sukan yang membuatkan dada kita berdebar-debar lebih-lebih lagi jika perlawanan itu menampilkan aksi dari pemain Malaysia sendiri .

Akan tetapi di negara ini, antara contoh sukan yang membuatkan kita berdebar-debar seperti sakit jantung ialah badminton, bola sepak dan  hoki.

Ini adalah kerana pasukan kita berada pada tahap yang boleh dibanggakan di peringkat dunia dalam sukan-sukan tersebut .

Namun bagaimanapun jika anda menyaksikan satu perlawanan yang dipenuhi gelak ketawa secara santai akan tetapi pada masa sama menampilkan aksi bertaraf dunia.

Ini semua berlaku di China, dimana satu perlawanan persahabatan antara dua ikon sukan Ping Pong dunia dari Belgium dan Taiwan diadakan dan ia dipenuhi dengan aksi kelakar namun diselangi dengan aksi sukan bertaraf dunia.

Ia menampilkan Jean-Michel Saive (Belgium dan Chuang Chih Yuan (Taiwan).

Bagi Saive yang berasal dari Belgium dan dia pernah disenaraikan sebagai pemain terbaik Belgium pada tahun 1985 yang kekal sehingga tahun 2011.

Beliau jugta berjaya menduduki ranking pertama dunia pada 1994 selama 515 hari.

Bagi Chuang pula berasal dari bandar Kaohsiung di Taiwan dan beliau merupakan juara Kejohanan ITTF Pro Tour Grand Finals pada tahun 2002.

Pada September 2013, Chuang menduduki ranking ke-7 terbaik dunia.







0 comments:

Post a Comment