ads

Sunday, January 26, 2014

Filled Under:

5 Punca Penyakit Buasir

Jika kita sendiri atau orang terdekat kita yang mengalami buasir, kita pasti nya tertanya-tanya apakah punca sebenar penyakit buasir . Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu boleh mendapat masalah buasir ialah:
  • Tekanan (pressure)
Apabila Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut juga akan menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga merupakan faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang kebiasaannya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, dan menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  • Masalah sembelit
Disamping itu najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian dubur, dan menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan
Namun begitu berat badan yang berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung
Mengandung merupakan penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia biasanya berlaku apabila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu juga , bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya akan meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu gagi mengurangkan masalah ini.




0 comments:

Post a Comment