ads

Tuesday, December 31, 2013

Filled Under:

Susu ibu jadikan anak lebih bijak

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. 


Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusukan untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. 

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula. 


Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif .

Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah. 




0 comments:

Post a Comment