ads

Saturday, December 28, 2013

Filled Under:

Stacy & Akim sudah sedia Untuk berkahwin .




Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim, kini hangat bercinta dan bersedia untuk berkahwin.

Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia  semakin tertarik mendalami Islam .

"Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab lain. Selama ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.



"Tidak dinafikan agak susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang baik . Apatah lagi, agama Islam dan Kristian mempunyai beberapa persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama Abraham dan dalam Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan perkara lain," katanya dalam sidang akhbar di Mutiara Damansara .




0 comments:

Post a Comment