ads

Tuesday, December 31, 2013

Filled Under:

Rujuk sirah Rasulullah atasi permasalahan



Perasaan kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah SAW akan wujud dalam hati apabila seseorang itu memahami keistimewaan Baginda sebagai 'rahmat kepada sekalian alam' melalui sirah hidup Baginda yang diutuskan Allah SWT sebagai Nabi terakhir. 

Nabi Muhammad beritahu, jika ingin Allah SWT sayangkan kamu, ikutlah aku. Bagaimana hendak menunaikan haji, solat, tidak ada alternatif lain melainkan mengikut cara Nabi” Sheikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks, Penceramah



Sirah bermaksud perjalanan hidup, maka sirah Rasulullah SAW merujuk kepada perjalanan hidup Baginda. Justeru, jika kita faham sirah Rasulullah SAW, kita akan faham segala-galanya dan sedar bahawa kehidupan kita sebenarnya sangat berkait dengan sirah Rasulullah SAW.



“Rahmat untuk sekalian alam adalah perkataan menarik kerana jika ada planet atau dunia lain, ia termasuk dalam alam itu kerana Muhammad dihantar ke dimensi ini bukan hanya untuk manusia, haiwan, juga makhluk lain,” katanya.





Kasih sayang asas hubungan



Katanya, kisah Rasulullah SAW bercakap dengan unta, memeluk pokok, mengutip batu yang bertasbih serta perjalanan Israk dan Mikraj dengan Jibril, bukan hanya cerita keajaiban tetapi menjelaskan hubungan sesama makhluk yang dijadikan Allah SWT berasaskan kepada kasih sayang.



Nabi Muhammad SAW satu-satunya yang membolehkan manusia mendapat kasih sayang Allah SWT kerana kehidupan seharian manusia tidak dapat lari daripada sirah Baginda.



Maknanya, setiap amal, perbuatan dan arah tuju kehidupan manusia perlu selari dengan apa yang dilalui atau dilakukan Baginda sepanjang hayatnya baik dari sudut keimanan, cara beribadah serta bermuamalah.



“Nabi Muhammad beritahu, jika ingin Allah SWT sayangkan kamu, ikutlah aku. Bagaimana hendak menunaikan haji, Nabi kata ambil daripadaku cara buat haji. Begitu juga solat, tidak ada alternatif lain melainkan mengikut cara Nabi bersolat,” katanya.



Istimewanya perasaan cinta dan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, hingga ia boleh mengubah cita rasa seseorang terhadap makanan kerana apabila seseorang mencintai seorang lain, dia ingin sekali menyukai apa saja disukai orang yang dicintai.



Anas bin Malik mempunyai hubungan istimewa dengan Rasulullah SAW kerana beliau membesar dalam rumah Baginda. Anas tidak suka zukini tetapi disebabkan Rasulullah SAW mencampurkan zukini dalam masakan Baginda dan memakannya, maka Anas merasa nikmat memakan zukini.



Maknanya, makanan juga merasa sedap hanya kerana makanan itu dimakan Rasulullah SAW dan itulah yang dikatakan sebagai rahmat kasih sayang. Kata Anas, “Saya tidak suka kau (zukini), tetapi Nabi suka. Sejak itu, saya suka zukini.” 



“Sahabat selepas menunaikan haji datang berjumpa Rasulullah SAW dan berkata dia melontar tetapi tidak buat itu, seorang lagi datang dan beritahu dia melontar, tawaf dan saie tetapi tidak buat yang lain. Nabi berkata, jangan bimbang buat saja.



“Oleh itu, jika kita melihat orang solat lain sikit, jangan terus marah kerana itulah rahmat Rasulullah SAW kepada sekalian alam. Baginda ingin mereka gunakan intelek dalam situasi tertentu dan Baginda membenarkan kerana ingin memudahkan umatnya,” katanya. 



Beliau turut memberi contoh sahabat yang dihantar kepada Bani Khuraizah yang mengkhianati Islam dengan pesanan supaya tidak berhenti untuk solat Asar, tetapi ada sahabat yang berhenti menunaikan solat. Apabila kembali, mereka berjumpa Baginda.




Tenangkan ketegangan



Jawapan diterima akhirnya menenangkan ketegangan yang dirasakan sahabat kerana gusar apakah tindakan mereka menunaikan dan tidak menunaikan solat itu betul. Nabi berkata kedua-dua mereka benar.






0 comments:

Post a Comment