London - Perkahwinan di alam fantasi. Itu konsep perkahwinan Nathan Gibbs, 39 dan Amanda, 44, yang meraikan hari bahagia mereka dengan memakai pakaian Shrek dan Princess Fiona.
Apa yang menariknya, pasangan pengantin itu turut mewarnakan badan mereka dengan warna hijau .
Tetamu yang hadir juga memakai pakaian seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow daripada filem Pirates Of The Caribbean.
Selain meraikan majlis perkahwinan mereka, pasangan itu juga menganjurkan majlis tersebut dengan tema perkahwinan fantasi, bertujuan untuk mengumpul wang untuk tujuan penyelidikan kanser.
Menurut Gibb, majlis itu merupakan satu acara amal yang dilakukan selepas ramai kawan-kawan mereka meninggal dunia akibat kanser.
Ketika pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan fantasi berkenaan, mereka turut menerima berita sedih apabila kakak Nathan disahkan menghidap kanser payudara.
0 comments:
Post a Comment