ads

Saturday, December 28, 2013

Filled Under:

Instagram Pertama Linda Onn Selepas Bergelar Isteri



 Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara radio popular Linda Onn dengan seorang kerabat diraja yang bernama Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34,di kediaman Linda yang terletak di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.
Pihak media yang hadir ke majlis berkenaan tidak dibenarkan sama sekali mengambi sebarang visual ketika majlis itu berlangsung.
Ketika pihak media ingin menemubulanya semalam, Linda enggan memberikan sebarang komen majlis tentang pernikahannya semalam. Wartawan dan jurukamera yang datang seawal 6.30pagi di kediaman linda terpaksa pulang kehampaan tanpa sebarang maklumat setelah majlis tersebut selesai.


925

Kira kira jam 3 petang tadi, Linda dilihat telah mengemaskini laman sosial Instagram yang mana Linda turut memuatnaik sekeping foto dengan kata kata berikut.
“Alhamdulillah. Linda selamat diijabkabulkan dengan Ungku Azhar, 34 tahun, tepat pukul 5.45 ptg pada 27 Dec oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang. Perkenalan sejak bulan Ogos 2013 telah membawa kami ke alam rumahtangga. Majlis tertutup semalam diadakan hanya bersama ahli keluarga terdekat dan berjalan dgn lancar. Utk semua kwn2 wartawan linda ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mendapatkan kisah perkahwinan linda untuk tatapan peminat tetapi linda minta maaf sebab linda hanya dapat kongsi serba ringkas sahaja untuk tatapan peminat atas permintaan suami dan keluarga. InshaAllah jika suami Linda izinkan gambarnya dipaparkan, Linda masukkan gambar nanti k. Terima kasih atas doa kalian. Linda hargai.. muahhhh…”
Dalam perkembangan yang sama juga Linda dilihat telah mengemaskini laman twitter miliknya dengan kata kata.
“Otw to Selatan again!!! Penat!! Baru je semalam gi Muar..hari ni gi JB pulak. Lalu LEKAS…memang lekas.”
Kepada peminat setia Linda yang ternanti nanti untuk melihat gambar kedua dua mempelai diharapkan dapat bersabar. Apapun jutaan tahniah diucapkan kepada Linda atas perkahwinan ini.





0 comments:

Post a Comment