KUALA LUMPUR
24 Dis. - Pelakon Fizo Omar akan tumbangkan 10 ekor lembu sempena majlis
resepsinya di Kelantan pada 28 Disember ini.
Sebelum ini,
majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul
Karim, di Pulau Pinang.
"Saya
juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini
saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir
adalah 7,000 orang," katanya.
Untuk
resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar sudah bersetuju untuk mengadakannya pada
25 Januari depan di sebuah hotel terkenal.
Dalam pada
itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah baru-baru
ini memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil.
Bagaimanapun
tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang
berfikiran, mereka bakal menimang cahaya mata.
"Tidak
salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua.
Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel,"
katanya. - UTUSAN
0 comments:
Post a Comment