ads

Sunday, December 29, 2013

Filled Under:

53 Sudu Melekat Pada Tubuh Elchiyev

53 Sudu Melekat Pada Tubuh Elchiyev
 TBILISI : Seorang lelaki warga Georgia, Etibar Elchiyev telah mencipta rekod dunia apabila sebanyak 53 sudu melekat pada tubuhnya di sini kelmarin.

Elchiyev memecahkan rekod Guinness World Records yang diciptanya pada tahun 2011 selepas 50 sudu melekat pada tubuhnya pada ketika itu.


Dia juga merupakan pengajar sukan tinju tendang yang dikenali dengan nama jolokan lelaki magnet.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang berasa ragu-ragu sama ada badan lelaki tersebut boleh bertindak seperti magnet. 

Menurut Elchiyev, dia hanya mengetahui badannya boleh bertindak seperti magnet sejak beberapa tahun lalu. 




0 comments:

Post a Comment